PUTRAJAYA 19 Ogos - Guru-guru yang didapati mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya sebelum dasar pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu diadakan dalam dwibahasa pada 2010, akan dikenakan tindakan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, buat masa ini semua guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran itu masih perlu menggunakan bahasa Inggeris kerana buku teks dan perisian komputer adalah dalam bahasa itu.
''Pengetua dan Guru Besar diberi tanggungjawab memantau perkembangan ini kerana pemansuhan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya bermula 2012.
''Kita akan ambil tindakan terhadap guru dan pengetua yang ingkar kerana mereka tidak boleh langgar dasar kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas rungutan segelintir ibu bapa yang mendakwa ada guru yang sudah mula mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu.
Alimuddin menambah, guru-guru hanya dibenarkan mengajar dalam dwibahasa mulai 2010 memandangkan pada ketika itu buku-buku teks dalam bahasa Melayu sudah mula ada.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan dijadikan pusat pengkhususan Bahasa Inggeris bagi pra dan dalam perkhidmatan.
Ia membabitkan Institut Perguruan Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA), Kuala Lumpur; English Learning Teaching Centre (ELTC) Kuala Lumpur; IPGM Datuk Razali, Kuala Terengganu; IPGM Rajang, Sarawak dan IPGM Gaya di Sabah.
Ditanya mengenai status elaun kritikal yang diperoleh guru-guru Sains dan Matematik selepas pemansuhan PPSMI, beliau berkata, perkara itu masih belum dibincangkan lagi.
sumber : Utusan Malaysia (20/08/09)
DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD
BAHAN KSSR TAHUN 1
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KURSUS BINA BLOG TARIKH : 28 MAC 2008 MASA : 8.30 - 4.30 pm TEMPAT : SMK GAAL PASIR PUTEH PENCERAMAH : PN. ZURIAH MUHAMAD
-
PULAU PINANG: Penduduk Pulau Pinang akan menikmati perkhidmatan Internet tanpa wayar percuma tidak lagi yang disediakan oleh penyedia perkhi...
-
-
SK Jambu Lawar dipilih sebagai Sekolah Bestari Penanda Aras Luar Bandar 2009 (hanya 15 sekolah sahaja yang terpilih dari seluruh negara)...
-
Klik Banner atau di sini untuk info Hari Guru Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Kelantan Tahun 2009 akan diadakan di SK Manek Urai Baru, K...
-
Ahad, 24 Januari 2010, seawal jam 7.10 pagi, tanpa dikhabarkan kepada warga sekolah kami sudah berada di perkarangan SK Panji untuk menin...
-
Tarikh : 6 Januari 2010 Tempat : Bilik Gerakan, JPN Kelantan Masa : 2.30 petang - 5.30 petang Kehadiran: Semua Pegawai ...
-
TONTON: Perbincangan tentang Transformasi Kurikulum (KSSR) 2011 di TV3, jam 11.oo malam ini (15 disember)
-
Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan Kursus Pendedahan KSSR dan PBS Tahun 2 Untuk Pegawai JPN dan PPD di enam zon seluruh Malaysia...
-
Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vok...



No comments:
Post a Comment