DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD BAHAN KSSR TAHUN 1

Thursday, January 05, 2012

Berita SAPS - sila kemaskini maklumat murid dan kelas dalam sistem SMM Online

Sila semak web SAPS - Terdapat arahan baru seperti berikut :

"Mulai tahun ini, maklumat murid akan DIAMBIL SECARA TERUS DARI SISTEM SMM ONLINE. Oleh yang demikian, sila kemaskini maklumat murid dan kelas dalam sistem SMM Online yang baru.Tiada proses Naik Kelas, Kemaskini Murid dan Tambah Murid baru dalam SAPS."

http://saps.moe.gov.my/

Wednesday, December 28, 2011

Surat Siaran Tempoh Interim Talian Internet dilanjutkan pada 2012

Pelanjutan Tempoh Interim Perkhidmatan Internet d Sekolah masing-masing Untuk tahun 2012. klik untuk muat turun surat siaran.

Muat Turun :
1. Surat Siaran Kebenaran Kepada Pihak Sekolah Untuk Memilih Dan Memasang Perkhidmatan Internet Di Sekolah Masing - Masing

2 Lampiran (Garis Panduan Pemasangan Perkhidmatan Internet)

Thursday, December 22, 2011

Klik 'Like' Fan Page Facebook Sektor Pengurusan Akademik

Untuk mendapat info terkini berkaitan dengan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan sila klik 'LIKE'.

PMR 2011 : SENARAI 10 SEKOLAH PENCAPAIAN TERBAIK DARI SEGI GRED PURATA SEKOLAH (GPS)

SM (Sains) TG. Muhd. Faris Petra ( 1.01)
SMK Dato Perdana Bachok (1.04)
SM (Sains)Machang (1.04)
SM (Sains) Pasir Puteh (1.05)
SMK Kubang Bemban, Pasir Mas (1.11)
SMK Naim Lil-Banat, Kota Bharu (1.12)
SMK Ahmad Maher, Kota Bharu (1.12)
SMK(A) Tok Bachok (1.15)
SMK Bachok (1.17)
Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu (1.18)

Keputusan PMR 2011 : Kelantan menunjukkan peningkatan yang membanggakan dan TERBAIK setakat ini

Pencapaian ini diukur berdasarkan kepada Gred Purata Negeri, pertus kecemerlangan A, Pencapaian peratus lulus minimum D semua mata pelajaran dan prestasi beberapa mata pelajaran.

ANALISIS KEPUTUSAN PMR:
Gred Purata Negeri (GPN) Tahun 2011 ialah 2.61 iaitu bersamaan dengan tahun 2010. Gred P...urata Negeri telah mengatasi Gred Purata Nasional (GPN=2.71) iaitu mengatasi 0.1. Terdapat 83 sekolah menunjukkan peningkatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan GPS.
Bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A seramai 2,140 ATAU 7.37% tahun 2011 berbanding 2010 seramai 2,023 calon atau 6.76% (meningkat 0.61%)
Peningkatan pencapaian ini merupakan peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh 6 tahun.
Dari segi peratus kelulusan mata pelajaran, terdapat 10 drp mata pelajaran yang ditawarkan menunjukkan peningkatan dan mengatasi peratus kelulusan mata pelajaran peringkat nasional tahun 2011.

Tuesday, December 20, 2011

KEPUTUSAN SEMAKAN LATIHAN PERGURUAN BAGI GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) AMBILAN DISEMBER 2011 MOD SEPENUH MASA

Keputusan Semakan Latihan Perguruan bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Ambilan Disember 2011 Mod Sepenuh Masa boleh dibuat mulai 19 Disember 2011 melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_tawar/

Monday, December 19, 2011

Sistem Opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam - Login

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16- 31 Disember 2011, melalui laman web :

http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/
atau
http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/

Untuk memasuki sistem SBPA anda hanya perlu masukkan:-
ID Pengguna : Sila masukkan No KP anda
Katalaluan : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS. Jika Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Tuan/Puan boleh menggunakan No. KP sebagai menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA

KEPUTUSAN PMR 2011 DIUMUMKAN PADA 22 DISEMBER 2011

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

sumber : Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia


Friday, December 16, 2011

Persekitaran Pembelajaran Maya :1BestariNet

1BestariNet merupakan perkhidmatan rangkaian “End To End”(E2E) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi 10,000 sekolah selama 15 tahun

01.01.2012 : 1BestariNet bermula secara berfasa
31.12.2012 : 1BestariNet bagi 10,000 sekolah

Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sempena Perlantikan Timbalan Yang Dipertuan Agong

Thursday, December 15, 2011

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012. Bagi yang gagal boleh memohon rayuan melalui e-rayuan. Talian e-rayuan dibuka kepada permohonan yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 14 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.
klik untuk semak dan rayuan Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan (1) Sekolah Berasrama Penuh 2012

Monday, December 12, 2011



Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) - Sifir Gaji Guru



Monday, September 26, 2011

Taklimat Pengurusan Panitia & Teknik Menjawab/Pemarkahan Teks Baharu Sastera Melayu SPM 2011 Peringkat Negeri Kelantan.

Makluman kpd semua Ketua Panitia Sastera Melayu/guru sastera melayu SPM.
Program: Taklimat Pengurusan Panitia & Teknik Menjawab/Pemarkahan Teks Baharu Sastera Melayu SPM 2011 Peringkat Negeri Kelantan
Tarikh: 03 OKTOBER 2011
Jam: 8.00 pg - 1.30 tgh
Tempat: Bilik Seminar Amanah BTPN Kelantan
... Perasmian: YBRS Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Penceramah: Cg Aziz (GC Sastera), Cg Hj.Mustapha (JU Sastera)
Surat panggilan telah dihantar melalui PPD masing-masing

Thursday, September 22, 2011

Majlis Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh : 29 September 2011
Masa : 7.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kelantan Trade, Kota Bharu
Pendaftaran : 7.00 pagi

Jemputan :

Pegawai KPM, Pegawai JPN, Pegawai PPD, Pegawai IPGKB, Pegawai BTPN & PKG, Jemaah Nazir, Pengetua & Guru Besar, Guru Cemerlang, PIBG, Guru Jurulatih, Pegawai Belia & Majlis Sukan Daerah

Tentatif Program

8.00-9.00 pagi
Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Oleh :
En. Ismail Ibrahim
(Bahagian Penyelidikan Pembangunan Dasar Pendidikan)


11.00- 11.20 pagi
Pelaksanaan Dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
En. Azman bin Abd. Ghani
(Bahagian Pembangunan Kurikulum)

11.30-12.00 tengah hari
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pn. Sharifah HadJarah Binti Syed Abd. Aziz
(Lembaga Peperiksaan)

2.30-3.30 petang
Taklimat Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET)
1 Murid 1 Sukan


Tn. Hj. Abdul Rahman b Ayub
Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional

En. Zulhisham b Razali
Bahagian Sukan

Wednesday, September 21, 2011

Surat Pekeling Ikhtisas Bil.2/2010: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Tuesday, September 20, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2012

Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Syarat-syarat Umum:

* Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
* Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
* Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
* Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
* Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

* Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan klik di sini atau melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
* Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
* Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

KURSUS PENDEDAHAN KSSR DAN PBS TAHUN DUA UNTUK PEGAWAI JPN DAN PPD 2011

Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan Kursus Pendedahan KSSR dan PBS Tahun 2 Untuk Pegawai JPN dan PPD di enam zon seluruh Malaysia bertujuan bagi memberi pendedahan tentang KSSR dan PBS Tahun Dua yang akan dilaksanakan pada tahun 2012. Setiap kursus ini berlangsung selama tiga hari dua malam bermula di zon selatan mulai dari 19 hingga 21 Sep 2011 dan berakhir di zon utara pada 30 Okt hingga 2 November 2011.

Pelaksanaan kursus ini melibatkan sejumlah 553 orang peserta iaitu pegawai JPN yang terdiri dari penyelaras setiap mata pelajaran KSSR dan peperiksaan dan penilaian serta 2 orang pegawai dari setiap PPD. Mereka akan didedahkan tentang KSSR, Elemen Merentas Kurikulum, Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan mata pelajaran KSSR dan PBS secara umum bagi membolehkan pihak JPN dan PPD memastikan pelaksanaan dan pemantauan di peringkat sekolah menjadi lebih berkesan.

Kursus ini melibatkan kerjasama Lembaga Peperiksaan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Bahagian Buku Teks. Setiap bahagian memainkan peranan memberikan input berkaitan KSSR, PBS dan buku teks bertujuan memastikan dasar-dasar penting KPM ini dilaksanakan secara bersepadu dan saling melengkapi.

Zon Pantai Timur akan diadakan pada 31 Oktober hingga November 2011 bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terenganu

Laporan Khas MBMMBI

* Dapatkan akhbar New Straits Times, Utusan Malaysia, Malaysia Nanban, Borneo Post, Harian Metro dan The Sun pada 21 September 2011 bagi mendapatkan maklumat berkaitan dasar MBMMBI

* Saksikan Laporan Khas MBMMBI di Buletin Utama TV3 pada 21 September 2011 jam 8.00 malam

Transformasi Pendidikan Vokasional

* Dapatkan akhbar New Straits Times, Utusan Malaysia, Malaysia Nanban, Borneo Post dan Sin Chew Daily pada 20 September 2011 dan akhbar Harian Metro dan The Sun pada 21 September 2011 bagi mendapatkan maklumat berkaitan Transformasi Pendidikan Vokasional

* Saksikan Laporan Khas F1 In Schools di Buletin Utama TV3 pada 22 September 2011 jam 8.00 malam

Seminar STPM 2011 ( M/pelajaran Pengajian Am dan Sejarah)

Seminar STPM 2011 ( M/pelajaran Pengajian Am dan Sejarah)- akan diadakan di BTPN Pengkalan Chepa pada 1 Oktober 2011 Jam : 8.00 pg - 4.00 ptg. Setiap sekolah yang mempunyai Pusat Pembelajaran PraUniversiti akan menghantar 10 org pelajar sebagai peserta

BENGKEL DIGITAL PIANO DAN KIBOD JPN KELANTAN 2011 PERINGKAT PPD KOTA BHARU

Tarikh : 26 September 2011
Masa : 8.00 pg - 4.00 ptg
Tempat : Bilik Muzik
Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu.
* Sila ambil perhatian bagi sekolah-sekolah yang telah dibekalkan dengan Digital Piano.Surat telah diedarkan.

Popular Posts

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):