KOTA BHARU, 6 Jan (Bernama) -- Seramai 4,913 murid dan pelajar di 16 sekolah di negeri ini diarah pulang secara berperingkat bermula pukul 9 pagi tadi apabila kawasan sekolah mulai dinaiki air.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang berkata 16 sekolah yang ditutup itu membabitkan tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah.
"Melihat keadaan sekolah-sekolah berkenaan yang mula dinaiki air dan laluan ke sekolah terbabit juga ditenggelami air, JPN terpaksa mengambil langkah awal mengarahkan murid dan pelajar pulang untuk keselamatan mereka kerana kita bimbang hujan lebat berterusan akan menyebabkan mereka terperangkap di sekolah dan itu lebih menyukarkan keadaan.
"Pihak kita juga mengarahkan sekolah-sekolah berkenaan ditutup dengan segera sehingga keadaan kembali pulih," katanya kepada Bernama di sini Khamis.
Beliau berkata sekolah terlibat ialah enam di Pasir Mas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol, Rantau Panjang, SK Bakong, Rantau Panjang, SK Kedondong, Pasir Mas, SK Kampung Baru, Rantau Panjang, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Fallah, Rantau Panjang dan SABK Diniah, Rantau Panjang.

"Di daerah Tumpat pula empat sekolah ditutup iaitu SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Chenderong Batu dan SABK Nurulhuda, manakala di Tanah Merah pula membabitkan enam sekolah iaitu SK Tebing Tinggi, SK Ladang Kerilla, SMK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Kulim," katanya.
Sumber Berita : Bernama
Sumber Berita : Bernama
No comments:
Post a Comment