DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD BAHAN KSSR TAHUN 1

Tuesday, March 02, 2010

Malaysia Computer Games Festival 2010 - Penyertaan Sekolah di Alu-alukan

Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, PPAK dan beberapa agensi yang berkaitan ICT di negeri ini akan menganjurkan festival permainan komputer berbentuk pendidikan kepada murid-murid sekolah rendah.

Tujuan festival ini antara lain menonjolkan imej positif kepada permainan komputer di kalangan murid sekolah. Selain menikmati keseronokan bermain permainan komputer; murid, guru dan ibu bapa akan diberi pendedahan tentang kebaikan permainan komputer dalam proses pendidikan anak-anak. Maklumat ini penting kepada guru dan ibu bapa dalam memilih permainana komputer yang sesuai dengan murid dan anak-anak mereka.

Sekolah yang berminat menyertai festival ini diminta menghantar maklumat melalui email (ict.akademik@gmail.com) seperti berikut :

Nama Sekolah :
Nama Guru Besar :
No Telefon Sekolah :
Guru Pengiring (2 orang ) :

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Mat Nawi atau Pn Zuriah di Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan (Tel: 7418077). Tiada sebarang bayaran penyertaan di kenakan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 MAC 2010. Festival ini dijangka diadakan pada 8 April 2010 bertempat di Kota Bharu Trade Centre.

Games akan dijalankan secara online dalam bentuk kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi tidak lebih daripada 8 orang pelajar. Pastikan setiap pelajar yang dipilih mempunyai asas komputer dan internet.

No comments:

Popular Posts

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):