DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD BAHAN KSSR TAHUN 1

Tuesday, January 26, 2010

Sistem ganjaran, hukuman untuk penjawat awam diperkenal?

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan sistem ganjaran dan hukuman untuk 1.2 juta penjawat awam sebagai langkah meningkatkan produktiviti dan memupuk etika kerja lebih baik, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, sudah tiba masanya penjawat awam dinilai dan diberi ganjaran berdasarkan prestasi masing-masing bukan diberi ganjaran secara menyeluruh seperti sekarang.

"Kami sedar bahawa bagi menjamin keberkesanan sesuatu sistem, perlu ada ganjaran dan hukuman. Setakat ini, kami melihat kepada aspek ganjaran,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia ke-12 di sini hari ini.

"Kini, penjawat awam yang tidak melaksanakan tugas seperti yang sepatutnya, ditempatkan dalam “pool” atau “bilik sejuk”, dan menerima gaji setiap bulan, walaupun bekerja dengan tidak seberapa. Tetapi, ia memberi kesan tidak baik terhadap rekod mereka,” katanya.

sumber : Utusan Malaysia, 26 Januari 2010

No comments:

Popular Posts

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):