GOOGLE Inc melancarkan Google Maps Malaysia, platform pencarian yang membolehkan pengguna tempatan mencari maklumat kedudukan geografi seperti peta, imej satelit bumi, alamat dan beratus ribu senarai perniagaan secara dalam talian, di komputer peribadi atau telefon bimbit.
Google Maps versi Malaysia yang disediakan di laman web http://maps.google.com.my itu turut memuatkan pelbagai maklumat seperti tempat makan dan hiburan, tempat tarikan pelancong serta maklumat hartanah seluruh negara.
Pengurus Produk, Google Southeast Asia, Andrew McGlinchey, berkata Google Maps boleh memaparkan maklumat dalam bahasa Malaysia, Cina, Inggeris, Tamil dan banyak bahasa lain dan menjadi sumber mendapatkan pelbagai maklumat tempatan secara mudah.
“Google memfokuskan kepada usaha mengumpulkan maklumat dunia secara tersusun dan mudah diakses dan berguna,” katanya pada majlis pelancaran Google Maps Malaysia itu di Kuala Lumpur, semalam.
McGlinchey berkata, platform pencarian tempatan itu turut digabungkan dengan maklumat yang disediakan organisasi tempatan seperti Super Pages bagi pelbagai alamat perniagaan; KLue untuk maklumat tempat makan dan acara menarik semasa yang akan dan sedang berlangsung serta iProperty.com mengenai maklumat hartanah.
Beliau berkata, turut dimuatkan adalah maklumat tempat tarikan pelancong dan cara mengunjungi ke tempat berkenaan menerusi Virtual Malaysia.
“Penyedia maklumat dan kandungan tempatan itu juga akan memastikan maklumat disediakan dalam web ini sentiasa dikemas kini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Google Southeast Asia, Derek Callow, berkata Google Maps membolehkan pengguna tempatan, perniagaan dan pemaju hartanah berkongsi maklumat mengenai Malaysia secara percuma, menjadikannya satu laman web yang kaya dengan maklumat.
“Ia adalah permulaan yang baik untuk mengadakan kerjasama dengan banyak organisasi Malaysia bagi memasukkan maklumat ke dalam laman web ini,” katanya.
Beliau berkata, ahli perniagaan boleh memanfaatkan laman web itu dengan menyenaraikan tempat perniagaan mereka di laman web itu secara percuma.
“Dengan adanya pautan ‘Local Business Center’ syarikat Malaysia boleh menyenaraikan perniagaan mereka di laman web ini untuk maklumat itu diterokai berjuta pengguna internet yang mencari maklumat di Google Maps,” katanya.
Beliau berkata, untuk menyenaraikan perniagaan mereka, peniaga hanya perlu memasuki laman web http://maps.google.com.my/local/add.
Sumber : Berita Harian
DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD
BAHAN KSSR TAHUN 1
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Makluman dan tindakan semua pegawai penyelaras LDP semua PPD Tarikh : 1 November 2009 Tempat : Bilik Gerakan JPN Masa :9.00 pagi
-
Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek ya...
-
Kelantan juga turut mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Guru Inovasi Prasekolah Kebangsaan 2011. Tahniah Cikgu Aswawi dari Smk Sering, Kot...
-
Kategori Sekolah Menengah SMK Berangan, Tumpat SMK Kubang Bemban, Pasir Mas SMK Tendong Pasir Mas SMK Kubang Kerian 1, Kota Bharu SMK Kandis...
-
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Pertandingan Laman Web Peringkat Negeri Kelantan. Pertandingan ini me...
-
Tarikh : 28-30 Oktober 2008 Tempat: Kesedar Inn, Gua Musang Sasaran : Guru Pemegang Notebook PPSMI Fasa VI Sekolah Dalam Daerah PPD Jeli Uru...
-
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2011 Kementerian/ Jabatan Kerajaan adalah dibenarkan untuk meraikan pegawai-pegawai yang bersa...
-
Semoga segala ibadah kita diberkatinya
-
Tingkatkan ibadat, semoga kita mendapat pahala berganda.
-
Tarikh : 12 8 hingga 14 Ogos 2009 Tempat : Sri Pantai Resort, Melawi Bachok Kelantan Sasaran : Pelajar-Pelajar Sains Pertanian Sekolah-Sekol...



No comments:
Post a Comment