SINGAPURA : Spam atau emel tidak diundang berniat jahat baru serta berskala besar, dipaparkan dalam bentuk emel daripada syarikat kurier DHL, sedang hebat menyerang, demikian amaran yang dikeluarkan oleh syarikat keselamatan dan pengawalan IT, Sophos, hari ini.
Katanya dalam satu kenyataan di sini bahawa pengguna internet akan menerima mesej bahawa syarikat kurier itu cuba menghantar sebuah bungkusan kepada mereka pada 14 Mac.
"Mesej itu juga menyatakan bahawa mereka perlu mencetak invois yang disertakan yang mengandungi satu fail zip dan membawanya ke pejabat DHL," jelasnya.
Menurut Sophos, pengguna komputer yang terbabit dalam penipuan itu dan membuka ‘dhl_n756512.zip’, tidak akan dapat melihat sebarang invois tetapi sebenarnya memuat turun "Trojan horse" yang berniat jahat, yang dikenali sebagai Troj/Agent-JJP ke dalam komputer mereka, memberikan penggodam akses yang terhad.
Kesemua emel menggunakan tajuk, ''DHL Tracking number'' tetapi mempunyai nombor rujukan yang dijana secara rawak, katanya, sambil menambah bahawa penipuan itu yang kedua berlaku dalam jangka waktu seminggu dengan penyamaran sebagai DHL.
DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD
BAHAN KSSR TAHUN 1
Monday, April 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mengadakan ujian dalam tempoh dua bulan ini kepada murid Tahun Satu bagi mengenal pasti tahap kemahira...
-
Tarikh : 4-6 November Oktober 2008 Tempat: Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu Sasaran : Guru Bahasa Inggeris Tahun 4 PPD Pasir Mas Tumpat...
-
SINGAPURA : Spam atau emel tidak diundang berniat jahat baru serta berskala besar, dipaparkan dalam bentuk emel daripada syarikat kurier DHL...
-
KUANTAN - Berita gembira sempena Hari Guru yang disambut semalam apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ganj...
-
29 Oktober 2009,berakhirlah sudah sesi Kursus Pembikinan Blog Akademik dan Koloborasi Guru-guru Penyelaras Bestari/ICT JPN Kota Bharu yang...
-
STRATEGI PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI BERPANDUKAN SPKPA 2/2002 PELAKSANAAN AKTIVITI PEMANTAUAN OLEH PEGAWAI JPN DAN PPD ...
-
Taklimat Kemasukan Data Kewangan LDP Sekolah-Sekolah Dalam Daerah Pasir Puteh Tarikh : 2 November 2008 Masa : 8.30 pagi Tempat : SK. Tok...
-
PERHATIAN! Pendaftaran menggunakan Sistem Pendaftaran UPSR dan PMR Secara Online dibatalkan. Pendaftaran UPSR dan PMR akan dilaksanakan deng...
-
Semua pegawai pendidikan di Jabatan Pelajaran Kelantan dan Pejabat Pelajaran Daerah berada di setiap sekolah bagi Pemantauan Hari Pertama Mi...
-
MAKLUMAN KEPADA SEMUA SETIAUSAHA LDP SEKOLAH PTJ PELAPORAN KEWANGAN TERKINI PERLU DIHANTAR TERUS KE SEKTOR AKADEMIK JPN SEBELUM 3HB BAGI SET...



1 comment:
salam kenal
saya guru dari indonesia
saya sangat kagum dengan kemajuan pendidikan di malaysia
Post a Comment