DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD BAHAN KSSR TAHUN 1

Tuesday, September 20, 2011

KURSUS PENDEDAHAN KSSR DAN PBS TAHUN DUA UNTUK PEGAWAI JPN DAN PPD 2011

Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan Kursus Pendedahan KSSR dan PBS Tahun 2 Untuk Pegawai JPN dan PPD di enam zon seluruh Malaysia bertujuan bagi memberi pendedahan tentang KSSR dan PBS Tahun Dua yang akan dilaksanakan pada tahun 2012. Setiap kursus ini berlangsung selama tiga hari dua malam bermula di zon selatan mulai dari 19 hingga 21 Sep 2011 dan berakhir di zon utara pada 30 Okt hingga 2 November 2011.

Pelaksanaan kursus ini melibatkan sejumlah 553 orang peserta iaitu pegawai JPN yang terdiri dari penyelaras setiap mata pelajaran KSSR dan peperiksaan dan penilaian serta 2 orang pegawai dari setiap PPD. Mereka akan didedahkan tentang KSSR, Elemen Merentas Kurikulum, Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan mata pelajaran KSSR dan PBS secara umum bagi membolehkan pihak JPN dan PPD memastikan pelaksanaan dan pemantauan di peringkat sekolah menjadi lebih berkesan.

Kursus ini melibatkan kerjasama Lembaga Peperiksaan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Bahagian Buku Teks. Setiap bahagian memainkan peranan memberikan input berkaitan KSSR, PBS dan buku teks bertujuan memastikan dasar-dasar penting KPM ini dilaksanakan secara bersepadu dan saling melengkapi.

Zon Pantai Timur akan diadakan pada 31 Oktober hingga November 2011 bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terenganu

No comments:

Popular Posts

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):