Seramai tiga juta murid dan pendidik dijangka menyertai Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di seluruh negara hari ini, 2 Julai 2011.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata larian itu yang bukan berbentuk pertandingan itu diadakan sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang mula dilaksana tahun ini. Murid-murid lain di seluruh negara akan mengambil bahagian dalam larian ini bermula pada masa yang sama di sekolah, atau di tempat yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah. Larian itu juga bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Beliau berkata ia juga diharap dapat mencipta rekod bagi kategori "Penyertaan Terbesar Pelajar Sekolah dalam Satu larian" dalam The Malaysia Book of Records dengan penyertaan sebahagian besar daripada 5.3 juta murid di negara ini. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. - Bernama
DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD
BAHAN KSSR TAHUN 1
Saturday, July 02, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Mohon kerjasama semua SU LDP Sekolah menghantar email pelaporan KMLDP kutipan ke-2 (kutipan pertama berakhir Jun 2009) kepada pegawai penyel...
-
Tuan/puan dihendaki berada di KAUNTER L, LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA) pada 4 JANUARI 2010 jam 5.30 PAGI untuk penerbang...
-
Kursus Pembangunan Professional Berterusan (Continuing Professional Devolopment –CDP) Guru Gred DG41 JPN Kelantan klik untuk dow...
-
Pernah dengar DROPBOX??? Itulah aplikasi Free storage yang cukup popular pada masa sekarang. Simpan file-file penting anda secara selamat...
-
PUTRAJAYA 10 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan peruntukan bantuan persekolahan 2011 berjumlah R...
-
FACEBOOK DAN TWITTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sukacita dimaklumkan bahawa unit komunikasi korporat, kpm telah mengaktifkan Fac...
-
-
DOWNLOAD Muka Surat Depan Soalan Pecutan Set 1 Klon UPSR Kertas 1 Tahun 2008 Soalan Pecutan Set 2 Klon UPSR Kertas 1 Tahun 2009 Soalan Pecut...
-
Klik Banner atau Klik di sini untuk maklumat lanjut Kategori Pertandingan Pelajar dan guru sekolah Pelajar dan pensyarah IPTA/IPTS Terbuka ...
-
Pegawai-Pegawai dari Sektor Akademik sedang menjalankan Pemantauan LDP ke PPD dan Sekolah-Sekolah PTJ (Pusat Tanggungjawab). Pemantauan ini...












No comments:
Post a Comment