Peruntukan untuk latihan dalam perkhidmatan di KPM bagi tahun 2011 adalah terhad. Walau bagaimanapun setiap anggota KPM masih perlu memenuhi keperluan dasar latihan iaitu sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun. Oleh itu, langkah alternatif untuk memenuhi keperluan 7 hari kursus setahun bagi setiap anggota KPM selain menerusi kaedah Blended Training Approach (sesi perkongsian ilmu, Executive talk, Progam Pementoran dan sebagainya yang boleh dikira dengan enam (6) jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus) perlu diambil
Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan supaya kursus 7 hari setahun bagi setiap anggota KPM dalam tahun 2011 boleh diganti dengan pembacaan buku. Pembacaan buku adalah alternatif sekiranya kewajipan kehadiran menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam tidak dapat dipenuhi.
No comments:
Post a Comment