Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar Bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan untuk memantau pengajaran bahasa itu di sekolah rendah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilan pakar-pakar tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pengambilan pakar-pakar itu amat penting memandangkan usaha untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar agak mencabar.

MBMMBI diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan pada 2012.
sumber : Utusan Malaysia 26 okt 2010
No comments:
Post a Comment