DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD BAHAN KSSR TAHUN 1

Tuesday, March 16, 2010

"Malaysian Cybergames Festival 2010" - Penyertaan Terbuka untuk Semua Sekolah Rendah Kelantan

Jemputan Menyertai Program "Malaysia Cybergames Festival 2010"

Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, PPAK dan beberapa agensi yang berkaitan ICT di negeri ini akan menganjurkan festival permainan komputer berbentuk pendidikan kepada murid-murid sekolah rendah.

Tujuan festival ini antara lain menonjolkan imej positif kepada permainan komputer di kalangan murid sekolah. Selain menikmati keseronokan bermain permainan komputer; murid, guru dan ibu bapa akan diberi pendedahan tentang kebaikan permainan komputer dalam proses pendidikan anak-anak. Maklumat ini penting kepada guru dan ibu bapa dalam memilih permainana komputer yang sesuai dengan murid dan anak-anak mereka.

Sekolah yang berminat menyertai festival ini diminta menghantar maklumat melalui email (ict.akademik@gmail.com) seperti berikut :

Nama Sekolah :
Nama Guru Besar :
No Telefon Sekolah :
Guru Pengiring (2 orang ) :


Maklumat Program adalah seperti berikut :

Tarikh tutup Permohonan : 04 April 2010.

Tarikh Festival: 8 Mei 2010
(ditunda ke tarikh yang akan diberitahu)

Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)

Sasaran : Pelajaran Tahun 4 dan 5 Sahaja ( 8 murid 1 sekolah)

Penyertaan : Terhad kepada 30 sekolah sahaja.

30 permohonan penyertaan terawal dipilih untuk menyertai pertandingan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Mat Nawi atau Pn Zuriah di Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan (Tel: 7418077). Tiada sebarang bayaran penyertaan di kenakan.

No comments:

Popular Posts

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):