PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mengadakan ujian dalam tempoh dua bulan ini kepada murid Tahun Satu bagi mengenal pasti tahap kemahiran mereka dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, berkata melalui pendekatan 3M itu, yang akan ditingkatkan dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (Linus), pihaknya dapat mengetahui tahap setiap pelajar sebelum ditempatkan dikelas masing-masing.
Beliau berkata kelas-kelas pemulihan akan diberikan kepada murid-murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M selepas siri ujian itu dilakukan.
"Kita akan mengambil inisiatif secara menyeluruh. Semua murid yang masuk Tahun Satu, kita kena pantau dalam tempoh beberapa bulan, kita akan buat ujian.
"Jika terdapat pelajar yang tidak berapa sempurna penglihatan atau pendengaran sehingga sukar untuk kuasai 3M, kita akan adakan program khusus kerana matlamat kita, selepas tiga tahun bersekolah semua murid dapat menguasai 3M," katanya. Sumber : Harian Metro

No comments:
Post a Comment