PUTRAJAYA 19 Ogos - Guru-guru yang didapati mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya sebelum dasar pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu diadakan dalam dwibahasa pada 2010, akan dikenakan tindakan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, buat masa ini semua guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran itu masih perlu menggunakan bahasa Inggeris kerana buku teks dan perisian komputer adalah dalam bahasa itu.
''Pengetua dan Guru Besar diberi tanggungjawab memantau perkembangan ini kerana pemansuhan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya bermula 2012.
''Kita akan ambil tindakan terhadap guru dan pengetua yang ingkar kerana mereka tidak boleh langgar dasar kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas rungutan segelintir ibu bapa yang mendakwa ada guru yang sudah mula mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu.
Alimuddin menambah, guru-guru hanya dibenarkan mengajar dalam dwibahasa mulai 2010 memandangkan pada ketika itu buku-buku teks dalam bahasa Melayu sudah mula ada.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan dijadikan pusat pengkhususan Bahasa Inggeris bagi pra dan dalam perkhidmatan.
Ia membabitkan Institut Perguruan Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA), Kuala Lumpur; English Learning Teaching Centre (ELTC) Kuala Lumpur; IPGM Datuk Razali, Kuala Terengganu; IPGM Rajang, Sarawak dan IPGM Gaya di Sabah.
Ditanya mengenai status elaun kritikal yang diperoleh guru-guru Sains dan Matematik selepas pemansuhan PPSMI, beliau berkata, perkara itu masih belum dibincangkan lagi.
sumber : Utusan Malaysia (20/08/09)
DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD
BAHAN KSSR TAHUN 1
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
GOOGLE Inc melancarkan Google Maps Malaysia, platform pencarian yang membolehkan pengguna tempatan mencari maklumat kedudukan geografi seper...
-
Kursus Pembangunan Professional Berterusan (Continuing Professional Devolopment –CDP) Guru Gred DG41 JPN Kelantan klik untuk dow...
-
-
Semua Pengetua, Guru Besar dan YDP Sekolah-Sekolah Kelantan dan ibu bapa boleh menggunakan bahan sarana sekolah dan sarana ibu bapa u...
-
Klik link di bawah untuk download Sukatan Pelajaran STPM Baharu 2012 Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM Baharu 2012 Panduan Umum Pengurus...
-
Dimaklumkan bahawa sebarang masalah berkaitan penempatan atau pertukaran guru bolehlah dihubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talia...
-
Sila semak web SAPS - Terdapat arahan baru seperti berikut : "Mulai tahun ini, maklumat murid akan DIAMBIL SECARA TERUS DARI SISTEM SMM...
-
Atau KLIK di SINI untuk DOWNLOAD
-
Melangkah kaki ke pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar mata pasti terpukau dengan panorama sekolahnya yang indah dan bersih w...
-
No comments:
Post a Comment