GOOGLE Inc melancarkan Google Maps Malaysia, platform pencarian yang membolehkan pengguna tempatan mencari maklumat kedudukan geografi seperti peta, imej satelit bumi, alamat dan beratus ribu senarai perniagaan secara dalam talian, di komputer peribadi atau telefon bimbit.
Google Maps versi Malaysia yang disediakan di laman web http://maps.google.com.my itu turut memuatkan pelbagai maklumat seperti tempat makan dan hiburan, tempat tarikan pelancong serta maklumat hartanah seluruh negara.
Pengurus Produk, Google Southeast Asia, Andrew McGlinchey, berkata Google Maps boleh memaparkan maklumat dalam bahasa Malaysia, Cina, Inggeris, Tamil dan banyak bahasa lain dan menjadi sumber mendapatkan pelbagai maklumat tempatan secara mudah.
“Google memfokuskan kepada usaha mengumpulkan maklumat dunia secara tersusun dan mudah diakses dan berguna,” katanya pada majlis pelancaran Google Maps Malaysia itu di Kuala Lumpur, semalam.
McGlinchey berkata, platform pencarian tempatan itu turut digabungkan dengan maklumat yang disediakan organisasi tempatan seperti Super Pages bagi pelbagai alamat perniagaan; KLue untuk maklumat tempat makan dan acara menarik semasa yang akan dan sedang berlangsung serta iProperty.com mengenai maklumat hartanah.
Beliau berkata, turut dimuatkan adalah maklumat tempat tarikan pelancong dan cara mengunjungi ke tempat berkenaan menerusi Virtual Malaysia.
“Penyedia maklumat dan kandungan tempatan itu juga akan memastikan maklumat disediakan dalam web ini sentiasa dikemas kini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Google Southeast Asia, Derek Callow, berkata Google Maps membolehkan pengguna tempatan, perniagaan dan pemaju hartanah berkongsi maklumat mengenai Malaysia secara percuma, menjadikannya satu laman web yang kaya dengan maklumat.
“Ia adalah permulaan yang baik untuk mengadakan kerjasama dengan banyak organisasi Malaysia bagi memasukkan maklumat ke dalam laman web ini,” katanya.
Beliau berkata, ahli perniagaan boleh memanfaatkan laman web itu dengan menyenaraikan tempat perniagaan mereka di laman web itu secara percuma.
“Dengan adanya pautan ‘Local Business Center’ syarikat Malaysia boleh menyenaraikan perniagaan mereka di laman web ini untuk maklumat itu diterokai berjuta pengguna internet yang mencari maklumat di Google Maps,” katanya.
Beliau berkata, untuk menyenaraikan perniagaan mereka, peniaga hanya perlu memasuki laman web http://maps.google.com.my/local/add.
Sumber : Berita Harian
DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD
BAHAN KSSR TAHUN 1
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kursus Pembangunan Professional Berterusan (Continuing Professional Devolopment –CDP) Guru Gred DG41 JPN Kelantan klik untuk dow...
-
-
Sila semak web SAPS - Terdapat arahan baru seperti berikut : "Mulai tahun ini, maklumat murid akan DIAMBIL SECARA TERUS DARI SISTEM SMM...
-
Seramai 67,202 orang calon akan menduduki peperiksaan Penggal 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013, iaitu peperiksaan berd...
-
Assalamualaikum dan salam transformasi Surat BPG KP(BPG)9203/5/1/3(47) 30 SEP 2013 dirujuk. Pelaksanaan Ujian Kompetensi ICT kpd semua PE...
-
Add caption Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia...
-
Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vok...
-
Dimaklumkan bermula 4 Januari 2012 Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) telah bersetuju meluluskan Sistem Pentaksiran Baharu STPM bagi menggantika...
-
GOOGLE Inc melancarkan Google Maps Malaysia, platform pencarian yang membolehkan pengguna tempatan mencari maklumat kedudukan geografi seper...
-
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina...
No comments:
Post a Comment