DOWNLOAD BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU BANNER UNTUK DOWNLOAD BAHAN KSSR TAHUN 1

Thursday, May 26, 2011

Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2011


Klik Banner atau Klik di sini untuk maklumat lanjut

Kategori Pertandingan

  • Pelajar dan guru sekolah
  • Pelajar dan pensyarah IPTA/IPTS
  • Terbuka

Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah peringkat sekolah/IPT.

Pendaftaran:
penyertaan hendaklah dibuat secara online di laman web http://ict.upsi.edu.my/ictday

Tarikh Tutup Penyertaan :
Penyertaan hendaklah diterima oleh pihak urusetia selewat-lewatnya pada atau sebelum 12.00 tengahari, 25 Julai 2011.

Hadiah Pertandingan :
Tempat Pertama - iPad + sijil penyertaan
Tempat ke-2 - Smartphone + sijil penyertaan
Tempat ke-3 - Digital Camera + sijil penyertaan
Tempat ke-4 - Electronic Gadjet + sijil penyertaan
Tempat ke-5 - Electronic Gadjet + sijil penyertaan

* hadiah tertakluk kepada perubahan

Monday, May 16, 2011

Sekitar Sambutan Hari Guru di Sekolah-Sekolah Kelantan


Sekolah Kebangsaan Kelaboran




SMK Kedondong Pasir Mas

sambutan hari guru di SK Chenulang

SMK Geting


SK To Bali


16 MEI 2011 sekali lagi para pendidik bersama-sama pelajar di setiap ceruk sekolah merai tarikh keramat ini sebagai tanda penghargaan kepada jasa guru. 'Terima Kasih Cikgu" lafaz keramat ini sentiasa meniti dibibir anak-anak didik. SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK.


Monday, May 09, 2011

SK Kubang Kerian 1 Tempat ke-3 Pertandingan Cybergames Peringkatan Kebangsaan







Cyber Jaya-6 mei 2011,Pasukan Kelantan telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan cyber games peringkat kebangsaan yang berlangsung selama 2 hari bermula 4-5 Mei di Dewan Cyber Jaya. Pertandingan ini merupakan lanjutan daripada pertandingan yang diadakan di peringkat negeri pada 30 Mei 2010 yang lalu. Dalam pertandingan merebut juara peringkat negeri,sebanyak 31 buah sekolah telah mengambil bahagian. Juara pada peringkat negeri telah dimenangi oleh Sk.Kubang Kerian 1.

Memandangkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan,maka pertandingan di peringkat kebangsaan telah diadakan pada tahun 2011.sebanyak 8 buah negeri telah berentap untuk merebut juara. JPN Kelantan mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan tersebut.Tempat ke dua telah dimenangi oleh JPN Perlis,manakala johan disandang oleh JPN Pulau Pinang."Malaysia Cybergames Festival 2010"peringkat kebangsaan ini telah ditaja oleh MCS,AMD dan Cyberview. Pemenang tempat pertama telah membawa balik hadiah berupa 5 set komputer untuk sekolah,piala dan sijil penghargaan. Tempat ke dua pula, 3 set komputer,piala dan sijil penghargaan,manakala tempat ke tiga pula membawa pulang 2 buah komputer,piala dan sijil penghargaan.

Pasukan dari JPN Kelantan telah dilatih oleh Puan Wan Ramlah Bt.Daud dari Sk.Kubang Kerian 2 dan En.Ruiz b.Ahmed dari Sk.Kubang Kerian 1. Tahniah diucapkan kepada 8 orang peserta dari Sk.kubang Kerian 1 dan juga kepada 2 orang guru pengiring yang juga merupakan jurulatih mereka.

Sunday, May 08, 2011

Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru 2011

Kepada semua warga pendidik dapatkan muat turun perutusan hari guru, lagu guru malaysia format minus one dan mp3 dan tema hari guru 2011



Tema Hari Guru 2011
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Download:

Lagu Hari Guru

Lagu Guru Malaysia (Vokal)
Lagu Guru Malaysia (Minus one)

L
agu Tema Hari Guru 2011

Video Clip lagu Tema Hari Guru 2011 (lan kota)
Lirik dan Lagu Tema Hari Guru 2011

lagu tema dengan vokal

lagu tema instrumental

lagu tema minus one

Score Music (cpw)






Popular Posts

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):